Wednesday, April 18, 2012

Asal Perkataan 'Bugis'

Sebagaimana bangsa-bangsa atau kaum-kaum lain yang sudah bertebaran ke serata dunia, anak-anak keturunan Bugis juga pada suatu saat akan bertanyakan asal keturunannya. Paling tidak mereka akan mula menanyakan bagaimana bangsa keturunannya itu mendapat namanya. 

Ada yang berpendapat bahawa perkataan ‘Bugis’ berasal dari kata 'To Ugi', yang berarti orang Bugis. 'Ugi’ merujuk kepada La Sattumpugi iaitu nama penguasa pertama sebuah penempatan di Sulawesi Selatan yang diberi nama Cina (1). Dipercayai bahawa penempatan tersebut adalah di kawasan yang kini dikenali sebagai Kecamatan Pammana Kabupaten Wajo.

Apabila penduduk Cina menamakan diri mereka maka mereka merujuk pada penguasa mereka dan menamakan diri sebagai To Ugi atau pengikut La Sattumpugi.


La Sattumpugi adalah ayah dari We Cudai dan bersaudara dengan La Tiuleng (Batara Lattu), ayahanda Sawerigading

Sawerigading pula adalah suami We Cudai dan melahirkan beberapa anak termasuk La Galigo yang terkenal dengan karya epik sastera terbesar didunia dengan jumlah lebihkurang 300,000 baris tulisan. 

(1) Ketamaddunan ini tidak ada kena mengena dengan negeri Cina. Dalam bahasa Bugis ada dua perkataan yang hampir sama bunyinya dengan perkataan "cina":
a. cinna = keinginan; 
b. cina' = sekejap, sebentar, sementara

No comments:

Post a Comment