Seperti pantun, puisi dalam lagu rakyat (elong toriolo) Sulawesi Selatan disusun dalam rangkap. Perbezaannya ialah rangkap-rangkap pantun mengandungi baris-baris ayat (kerat) yang genap samada dua, empat, enam dan sebagainya. Sebaliknya rangkap puisi dalam lagu rakyat" Sulawesi Selatan kebanyakan ganjil iaitu terdiri dari tiga baris ayat.
Berbeza dengan pantun, puisi lagu rakyat Sulawesi selatan tidak mempunyai pembayang dengan sukukata akhir perkataan akhir pada pembayang serupa dengan sukukata akhir perkataan akhir pada maksud.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Terdapat suatu ciri pada puisi dalam lagu rakyat Sulawesi Selatan yang membezakannya dengan puisi-puisi Melayu yang lain termasuk pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik), dikir dan sebagainya. Ciri khas tersebut ialah perkaitan antara sesuatu rangkap dengan rangkap berikutnya, dimana satu daripada perkataan pada rangkap sebelumnya (selalunya perkataan pada baris ayat akhir, tetapi tidak semestinya) akan diulang pada baris ayat pertama rangkap berikutnya seperti dalam contoh di bawah ini (dengan kata pokok yg diulang dalam tulisan "bold")
Contoh 1: Beberapa Rangkap dari Lagu Rakyat Bulu Alau' Na Tempe
Bulu Alau' na Tempe ... Bukit Alau dan (Danau) Tempe
Madeceng ricokkongi ... Elok berdiri (di atas bukit itu)
Alla mattiro walie ... Alahai (dapat melihat) pemandangan sekeliling
Ritiro toni Lagosi ... (Sayup) kelihatan juga Lagosi
Kulira' mata tona ... Kuterpandang mata pula
Kulira' mata tona ... Kuterpandang mata pula
Alla tengngana Tosora ... Alahai tengah Tosora
Ri Tosora mana' mita ... Di Tosora sahaja kumelihat
Pattennung tali bennang ... Orang bertenun tali benang
Alla natea makkalu ... Alahai tiada penghujungnya
Alla natea makkalu ... Alahai tiada penghujungnya
Makkalu si sabbe bura' ... Di penghujung sutera lembut
Pekkessi batang loka ... Dan sekelat batang pisang
Alla topandre adae ... Alahai orang yang bijak berbahasa
Pandre adammu na ritu ... Kerana kata-katamu itu
Mulengeng lepa-lepa ... Kau terlentang bagai sampan
Alla Temmu ritonangi ... Alahai tanpa penumpang
Contoh 2: Beberapa Rangkap dari Lagu "Ongkona Sidenreng"
Tenna bosi riulunna ... Hendaknya hujanlah di hulu
Nalempe' ri toddanna ... Agar bah di muara
Na mali lebbae ... Menghanyutkan kehampaan
Iya lebba mutaroe ... Adapun kehampaan yang kau tinggalkan
Tessape temmalullu ... Tak tercarik tak jua kusut
Na tea lajo unga ... Tidak pula mahu pudar
Lajo unga risessassi ... Bila pudar dibasuh lagi
Sape' si ri jai' si ... Bila carik dijahit lagi
Na baru paimeng ... Agar baru semula
Mauni baru paimeng ... Meski baru semula
Teppada-pada tona ... Takkan seperti sediakala
Rimula melle'na ... Ketika mula bersemi
Sape' si ri jai' si ... Bila carik dijahit lagi
Na baru paimeng ... Agar baru semula
Mauni baru paimeng ... Meski baru semula
Teppada-pada tona ... Takkan seperti sediakala
Rimula melle'na ... Ketika mula bersemi
No comments:
Post a Comment